Sunday, June 6, 2010

Microsoft Courier: Pesaing Apple iPad??

Assalamualaikum. Pada bulan September tahun lepas, Microsoft telah mendedahkan konsep komputer berbentuk buku yang diberi nama Courier. Projek Courier ni pada asalnya adalah satu projek rahsia daripada Microsoft, namun gambar2 dan video2 mengenai komputer ni telah tersebar luas di internet. Dikhabarkan akan berada di pasaran pada suku kedu atau suku ketiga tahun ini.



Courier dibina untuk  menjadi peralatan yang sangat portable dan mudah alih yang ringan. Mempunyai 2 skrin sesentuh. Jika ditutup ianya hanya besar sedikit dari bingkai gambar 5″ x 7″.  Courier tidak akan menggunakan Windows 7, tetapi akan menggunakan sistem operasi seperti Zune HD dan juga yang diguna pakai oleh Windows Mobile 7 Series. Seperi Zune HD, ianya menggunakan cip berasaskan Tegra.
mempunyai 2 skrin sesentuh

Apple iPad
Courier juga akan mempunya kamera, headphone jack dan stylus untuk membolehkan pengguna menulis catatan selain sentuhan tangan. Peralatan ini akan dilengkapkan dengan sistem pengenal tulisan tangan, lakaran dan tulisan, serta e-buku. Mungkin perjanjian persefahaman dan hak penggunaan intelectual property (IP) yang ditandatangani di antara Microsoft dan Amazon. Amazon buat masa ini sudah mempunyai Kindle – alat pembaca e-buku.

Tapi malangnye, baru2 ini Microsoft telah mengumumkn yg diorang telah membatalkan projek Courier ini. Sebab2 rasmi pembatalannye tidak diketahui. Tapi khabar angin ade menyatakan yg Courier ni memerlukan kuasa bateri yang besar dan ianya tak sesuai untuk Courier yang bersifat kompak ini. Microsoft menyatakan bahawa mereka tidak berminat untuk membina peralatan tersebut buat masa ni. Namun idea dan konsep yang telah dipersembahkan mungkin akan digunakan di dalam produk-produk akan datang.
Berita gembira buat Apple iPad, diorang takde pesaing lagi. Mungkin pada masa yang akan datang.

salam...
sumber: www.masa2.com

3 comments:

r-mean said...

skrang ni dah bnyk tablet kuar...tp ipad paling laris..huhu

MX said...

dah macam-macam sekarang nie...
dah tak mampu nak ikut perkembangan teknologi...ish3....

Aliff Nasir said...

courier ni dikatekan lg hebat dan canggih dari ipad..
tp microsoft batalkan lak projek ni...